HomeEkspresiFotoPeminat Cosplay 'menggila' di The Mines

Peminat Cosplay ‘menggila’ di The Mines

COSPLAY merupakan singkatan untuk ‘costume role-play’ atau peragaan kostum, di mana peminat berhimpun menggayakan watak siri animasi, komik atau permainan video, yang kebanyakannya daripada budaya pop Jepun.

Kegilaan Cosplay melanda seluruh dunia dan menjadi popular di Malaysia sejak dua dekad lalu, kini ‘menyerang’ The Mines di Seri Kembangan sempena program ‘Animangaki’ yang berlangsung selama dua hari, 27 sehingga 28 Ogos 2022.

Kebanyakan peserta bergambar bersama dan beramah mesra, sambil berkongsi tips solekan dan kostum.

Pelbagai pertandingan dan ekspo Cosplay yang menampilkan Cosplayer dengan kostum karakter anime popular termasuk Bleach, Naruto, One Piece dan banyak lagi.

Ramai anak muda dari seluruh Malaysia yang ‘gila’ dengan cosplay datang ke The Mines, Seri Kembangan.
Watak Hatake Kakashi dari anime Naruto antara watak yang popular diperagakan.
Seorang gadis memilih dan memperagakan Cosplay custom yang agak comel dan sesuai dengannya.
Aksi yang dipamerkan oleh seorang gadis yang memakai Cosplay seorang hero wanita.
Watak ‘two face’ anime yang menjadi perhatian dalam program ini.
Aksi menarik dari seorang gadis yang memakai cosplay yang menarik dalam program ini.
Pemakai tudung bukanlah halangan untuk memakai Cosplay kostum yang sesuai dalam program ini.
Kereta yang dilekatkan pelekat anime turut dipamerkan dalam program ini.
Seorang gadis menunjuk aksi watak anime dalam program ‘Animangaki’ di The Mines.
Pelbagai watak yang pelik turut menjadi perhatian dalam program ‘Animangaki’ di The Mines.
Pelbagai watak cosplay dalam anime diperagakan dalam program ‘Animangaki’ di The Mines.
Ultraman yang menjadi kegilaan kanak-kanak seluruh dunia turut diperagakan.
Boleh dikatakan The Mines penuh dengan anak-anak muda yang meminati Cosplay.

Author

Pilihan Editor