HomeMV+BongkarIsu toyol tanah: Exsim beli tanah Yap Kwan Seng secara sah

Isu toyol tanah: Exsim beli tanah Yap Kwan Seng secara sah

KUALA LUMPUR: Syarikat pemaju, Exsim Development Sdn Bhd (Exsim) menegaskan tanah Lot 189 Jalan Yap Kwan Seng dibeli secara sah sebelum dibangunkan Residensi Scarletz Suites.
Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Omar bawa isu ke Mahkamah Timbang Tara

Menurut kenyataan dikeluarkan Exsim, pihaknya membeli tanah berkenaan mengikut lunas undang-undang.

Malah, katanya, Mahkamah Tinggi Persekutuan juga telah menganugerahkan hak milik tanah itu kepada anak syarikat Exsim, Suriamas Lumayan Sdn Bhd (Suriamas).

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Toyol halang Omar jumpa Exsim

“Exsim menjelaskan bahawa pada 2013, telah menyerahkan tender pembelian kepada pengurus dan penerima (R&M) yang dilantik oleh OSK Investment Bank Bhd (OSK), dan R&M telah menerima tender daripada Exsim untuk pembelian tanah.

“Suriamas sebuah syarikat subsidiari Exsim, telah membeli tanah daripada Steadmont Development Sdn Bhd iaitu R&M berkenaan.

“Pembayaran telah dijelaskan penuh pada 2013,” demikian kenyataan berkenaan.

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Omar bawa isu ke Mahkamah Timbang Tara

Menurut Exsim, Suriamas telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Omar Mohamad Unni dan, Mahkamah Tinggi juga telah menganugerahkan hak milik sepenuhnya (tanah) kepada Suriamas pada 10 Julai 2019.

“Kami telah dinasihatkan bahawa kenyataan Encik Omar tidak mempunyai asas perundangan, dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menjaga hak dan kepentingan Suriamas serta reputasi Exsim,” katanya.

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Toyol halang Omar jumpa Exsim

Bagaimanapun, ketika pihak MEDIA VARIASI bertanyakan mengenai Sijil Menduduki Sementara (CF) bangunan residensi terbabit, pihak Exsim tidak memberi sebarang komen.

Sementara itu, Omar, mendakwa semua tahun yang dinyatakan dalam kenyataan Exsim, tidak sama dengan fakta geran yang ada pada pihaknya.

“Kami cuma persoalkan, dari mula tanah itu diseleweng pihak tertentu, bukan kami pertikai diputuskan mahkamah.

“Jika beli barang curi, ia tetap kesalahan walaupun proses jual beli itu betul,” katanya ketika dihubungi MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Omar bawa isu ke Mahkamah Timbang Tara

Omar juga mempersoalkan, sama ada Exsim tahu hak Bumiputera dalam tanah kurniaan sultan tidak boleh dipindah milik.

“Adik Sultan Selangor sendiri mengesahkan tanah itu adalah kurniaan almarhum Sultan Salahuddin Shah kepada Mohammad Unni iaitu ayah saya melalui surat dari istana,” dakwanya.

Terdahulu MEDIA VARIASI melaporkan secara eksklusif berhubung kegiatan ‘toyol’ tanah Jalan Yap Kwan Seng kurniaan Sultan yang dipindah milik walaupun ada surat perakuan daripada pihak Istana.

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Omar bawa isu ke Mahkamah Timbang Tara

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Toyol halang Omar jumpa Exsim

Lebih mengejutkan, tiga penama tanah dipindah milik dalam sehari selain dokumen perakuan status tanah di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) iaitu dokumen AA 1/62 diragui kesahihannya.

Author

Pilihan Editor