HomeBeritaViralNetizen dakwa kena ada ‘kabel’ untuk kerja di syarikat mega di Sarawak

Netizen dakwa kena ada ‘kabel’ untuk kerja di syarikat mega di Sarawak

Oleh: ARRIAN ZAYNE

KUCHING: Tindakan sebuah syarikat mega di Sarawak mengehadkan ruang komen di akuan rasmi Facebook terus hangat diperkatakan oleh netizen sejak beberapa hari lalu berhubung untuk memohon kerja di situ memerlukan ‘kabel’ besar.

Berita berkaitan: PFAM terima laporan tunggakan gaji Sarawak United 4 bulan

Selain ada ‘kabel’ netizen rata-rata berpendapat syarikat berkenaan platform kerja bagi ahli keluarga dan sahabat handai kepada kakitangan organisasi mega di Sarawak itu sahaja.

Situasi mengehadkan ruang komen pula dianggap netizen seolah sememangnya wujud ‘kabel’ untuk sesiapa sahaja yang memohon pekerjaan di syarikat itu.

Terdahulu, insiden mengehadkan komen berlaku bermula setelah satu hantaran di laman Facebook syarikat itu mempelawa orang ramai untuk mengisi kekosongan di laman sesawang syarikat berkenaan.

Berita berkaitan: PFAM terima laporan tunggakan gaji Sarawak United 4 bulan

Hantaran berkenaan mempamerkan kakitangan syarikat itu mengenakan baju koporat syarikat gergasi berkenaan namun mula diserang netizen setelah ramai berpendapat wajah mereka kelihatan sama seolah-olah menggambarkan syarikat itu sebagai perusahaan keluarga.

Malahan sebelum pengurusan media sosial syarikat itu mengehadkan komen, turut kelihatan ramai netizen mempersoalkan tentang ‘kabel’ perlu ada untuk menjadi warga kerja syarikat terbabit.

Berita berkaitan: PFAM terima laporan tunggakan gaji Sarawak United 4 bulan

Namun begitu setelah beberapa jam diserang netizen, ruang komen hantaran berkenaan dibuka semula lantas memperlihatkan netizen semakin rancak mengemukakan isu bahawa ‘kabel’ perlu kuat untuk menyertai organisasi berkenaan.

Sementara tiada sebarang maklum balas daripada syarikat itu membuatkan netizen semakin ‘membara’ menantikan jawapan rasmi.

Setakat berita ini ditulis serta tinjauan MEDIA VARIASI mendapati belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada syarikat berkenaan untuk menjawab dakwaan netizen yang hangat sejak beberapa hari lalu itu.

Berita berkaitan: PFAM terima laporan tunggakan gaji Sarawak United 4 bulan

Author

Pilihan Editor