HomeTeknologiTelefon pintar ‘Coca-Cola’ akan dilancarkan di India Mac ini

Telefon pintar ‘Coca-Cola’ akan dilancarkan di India Mac ini

 

SYARIKAT minuman ringan, Coca-Cola tahun ini tampil dengan kelainan baharu dengan melancarkan produk keluaran baharu berkait dengan segmen teknologi iaitu telefon pintar pada Mac ini.

Syarikat itu dilaporkan bekerjasama dengan sebuah syarikat pengeluar telefon untuk menghasilkan telefon ‘Coca-Cola’ bagi keluaran di pasaran, lapor India today.

Khabar berkenan diketahui umum menerusi perkongsian seorang Techmaster terkemuka di India, Mukul Sharma menerusi ciapannya di Twitter miliknya baru-baru ini yang mempamerkan reka bentuk telefon Coca-Cola berkenaan.

Pada masa sama, timbul desas-desus menyatakan kemungkinan telefon berkenaan merupakan variasi daripada Realme 10 4G yang dijenamakan semula, lapor portal Amanz.

Untuk rekod, Coca-Cola merupakan antara syarikat minum ringan terkemuka di dunia kerana digemari seluruh masyarakat dan kini syarikat terbabit mahu melebarkan sayap perniagaanya dalam segmen teknologi.

Author

Pilihan Editor