[VIDEO] Docto Aircond mahu pecah monopoli bukan Melayu dalam IPO

0
166

CYBERJAYA : Usahawan Bumiputera daripada perusahaan kecil dan sederhana berpeluang besar menerokai dan menguasai pasaran tawaran awam permulaan (IPO) Bursa Malaysia jika bijak mengambil kesempatan. Bidang kejuruteraan keusahawanan lebih besar peluangnya untuk memasuki pasaran IPO yang selama ini dimonopoli bukan Bumiputera. Untuk rekod, 80 peratus perniagaan dalam IPO terdiri daripada bukan Melayu. Penasihat Korporat dan Strategi Meta Docto Holding Berhad, Datuk Seri Ahmad Khusairi Bani Hashim Al Haj berkata, syarikat selenggara pendingin hawa, Docto Aircond Sdn Bhd dengan kerjasama S&A Bintang Sdn Bhd sedang berusaha memacu industri kejuruteraan pendingin hawa ke pasaran lebih meluas dan terancang.

Author