JELAJAH ANTI-SCAM KEBANGSAAN SASAR TINGKATKAN PENGETAHUAN DAN KESEDARAN MENGENAI JENAYAH PENIPUAN DALAM TALIAN PETALING JAYA
18 Februari 2023 – Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil hari in merasmikan Jelajah Anti Scam Kebangsaan 2023 anjuran bersama CyberSecurity Malaysia, CelcomDigi dan Gabungan Bertindak Anti-Scam (GBAS). Program ini dilaksanakan sempena sambutan Hari Keselamatan Internet (Safer Internet Day – SID) 2023 bertujuan memberi pendidikan dan kesedaran kepada penggna tentang kaedah mengenali panggilan scam, tatacara seta modus operandi scam yang terkini seta berkongsi tips dan panduan bagi menghindari daripada menjadi manga scam atau ancaman siber yang lain. “Kerajaan komited meningkatkan kesedaran rakyat dengan member pendidikan serta maklumat mengenai jenayah scam. Justeru, saya menggesa masyarakat untuk bersikap proaktif dan mengambil inisiatif melengkapkan diri dengan ilmu serta maklumat mengenai keselamatan siber. Kita harus bina sikap kawal kendiri bagi membolehkan kita bijak menilai sesuatu perkara sebelum bertindak selain dapat bersama-sama membina komuniti Siber MADANI dalam persekitaran siber yang sejahtera,” ujar Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil dalam ucapan perasmiannya.