BUKIT JALIL : Penantian 20 tahun pewaris tanah kurniaan sultan, Muhammad Omar Unni, berakhir apabila dapat bersemuka sendiri dengan pihak Syarikat pemaju, Exsim Development Sdn Bhd (Exsim) hari ini. Pertemuan pihak Muhammad Omar dan Exsim berlangsung kira-kira 30 minit di bangunan ibu pejabat Exsim, di sini, bagi mencari titik penyelesaian berhubung isu tanah yang dikaitkan, iaitu Lot 189 Jalan Yap Kwan Seng di Kuala Lumpur. Berdasarkan hasil pertemuan itu, Muhammad Omar berkata, perkara itu memberikan sinar kepada kedua-dua pihak apabila masing-masing memberi pencerahan dan penjelasan secara bersemuka, berbanding menerusi pihak firma guaman masing-masing, sebelum ini. Omar berkata, kerjasama yang diberikan pihak Exsim dan anak syarikatnya, Suriamas Lumayan Sdn Bhd (Suriamas) yang membeli tanah berkenaan, amat baik, ketika pertemuan itu. “Satu layanan yang baik, dan pegawai dan kakitangan Exsim yang sudi mendengar hujahan kami.