GOMBAK – Kerajaan dijangka membentangkan enam bulan kajian impak insiatif Payung Rahmah, bagi meneliti peranan pemain industri terlibat yang serius, meneruskan kelangsungan usaha itu dalam membantu ekonomi negara, menerusi bajet akan datang. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kajian berkenaan dikendalikan di bawah kementeriannya, selama enam bulan. Katanya, pengisian kajian itu merangkumi industri besar seperti peruncitan, makanan dan minuman (F&B), tekstil, insurans, dan institusi perbankan.