[VIDEO] Kertas Putih Kesihatan dibentang ke Kabinet minggu depan

0
46

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan telah mendapat kelulusan daripada Setiausaha Parlimen untuk Kertas Putih Kesihatan (KPK) dibentang dalam Dewan Rakyat pada sidang hadapan. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, KPK yang membabitkan perancangan berfasa bagi jangka pendek, sederhana dan panjang, akan menyentuh pelbagai isu termasuk soal fasiliti dan penjagaan di sektor kesihatan awam, pendigitalan sistem penyampaian kesihatan, skim pekerjaan dan perjawatan.

Author