[VIDEO] Kolaborasi MTPN, Skin Dessert buka ruang usahawan wanita jana pendapatan

0
51

GEORGE TOWN: Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dengan kerjasama usahawan produk kosmetik, Skin Dessert baru-baru ini menjayakan Kempen Tabung Pembangunan Usahawan Wanita di Hotel Eastern & Oriental, di sini, pada Selasa. Timbalan Presiden Kebangsaan MTPN, Abdul Malik Jamaran berkata, kolaborasi itu bertujuan untuk melahirkan usahawan baru sekali gus menjadi platform terbaik untuk mengumpul dana bagi membantu golongan wanita khususnya dalam aspek peluang pekerjaan.

Author