HomeTeknologiLogo burung Twitter akan ditukar, kata Elon Musk

Logo burung Twitter akan ditukar, kata Elon Musk

PEMILIK Twitter, Elon Musk berkata pada Ahad bahawa platform media sosial itu akan menukar logonya, mengucapkan selamat tinggal kepada “semua burung.”

“Dan tidak lama lagi kami akan mengucapkan selamat tinggal kepada jenama twitter dan, secara beransur-ansur, semua burung,” kata Musk dalam hantaran tweetnya, menambah dalam catatan berasingan bahawa “jika logo X yang cukup baik disiarkan malam ini, kami akan membuat siaran langsung di seluruh dunia esok.”

Usahawan jutawan itu kemudian menulis bahawa dia mahu logo baharu itu “menjelmakan ketidaksempurnaan dalam diri kita semua yang menjadikan kita unik.”

Pada penghujung Oktober 2022, Musk memuktamadkan pengambilalihan Twitter bernilai AS$44 bilion, sebuah syarikat Amerika Syarikat (AS) yang diasaskan pada 2006, dan beribu pejabat di San Francisco, California.

Twitter Corporation tidak lagi wujud sebagai syarikat berasingan hasil penggabungannya dengan X Corp. yang diasaskan oleh Musk pada 2006.

Pada awal Jun, Musk membayangkan dia sedang mempertimbangkan penjenamaan semula Twitter untuk melancarkan potensi penuh platform itu.

Author

Pilihan Editor