HomeBeritaViral‘Pak Arab’ ajak joget! DBKL sita kedai viral di Bukit Bintang

‘Pak Arab’ ajak joget! DBKL sita kedai viral di Bukit Bintang

CYBERJAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita sebuah premis menjual makanan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Difahamkan, operasi itu diadakan susulan sebuah organisasi dikenali Surplus menggempur premis berkenaan ekoran sebilangan rakyat Malaysia marah dek kerana gaya penjualan di premis itu dikatakan kurang beradab.

Menerusi perkongsian di Facebook, rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa geram dengan tindakan peniaga premis yang tanpa segan-silu berniaga dengan gaya ‘soft porn’.

Pihak premis terbabit yang dipenuhi dengan golongan ‘pak Arab’ itu dilihat seringkali bermesra dengan para pembeli wanita dengan gaya berjoget.

Malah, ada sebilangan wanita yang memakai pakaian kurang sopan turut melayani gurauan senda peniaga di premis berkenaan lantas membuatkan sebilangan rakyat Malaysia kurang senang melihat aksi mereka di kawasan umum.

“Tahniah DBKL sita sebuah gerai *** milik Pak Arab jual kunafa yang menggalakkan soft porn. Nak niaga kat Malaysia niaga baik baik. Yang menjual dan yang menggelenyar beli dua dua bagai pelacur dan pelanggan. Elok kena sambar kilat semua tu,” kongsi Emma Masri di Facebook miliknya.

“Ni bukan kes nak tutup periuk nasi ke apa, tapi dengan terkinja kinja tu pastu tak pakai proper guidelines niaga siapa ja tak marah. Tah bagai2 lerrr,” luah Wawa Zamri berhubung isu premis tersebut.

 

Author

Pilihan Editor