HomeTeknologiMaybank - MAE kini sokong pembayaran QR di China

Maybank – MAE kini sokong pembayaran QR di China

MAYBANK menerusi aplikasi perbankan mudah alih, MAE kini menyokong tranksaksi QR dan QR DuitNow di China.

Maybank menerusi laman web rasminya memaklumkan, penambahan sokongan itu sekaligus melengkapkan tiga negara Asia Tenggara sedia ada iaitu Singapura, Thailand dan Indonesia.

Penggunaannya adalah sama seperti sebelum ini di mana pengguna yang melancong ke China boleh membuat pembayaran QR secara terus kepada peniaga dengan kadar tukaran mata wang Chinese Renminbi, lapor portal Amanz.

Malah, sokongan berkenaan turut memudahkan peniaga di Malaysia menerima pembayaran QR daripada pelancong China menerusi platform Alipay.

Difahamkan, had transasksi harian kekal sehingga RM1,000, atau bersamaan dengan RM1000 dalam mata wang asing.

Bagaimanapun, pengguna masih boleh menukar had ini menerusi tetapan aplikasi dan sebarang pembayaran yang melebihi RM250 pula memerlukan pengesahan.

 

Author

Pilihan Editor