HomeHiburan'Takdelah sampai 10K.." - Linda Onn dedah terima gaji penyampai radio tak...

‘Takdelah sampai 10K..” – Linda Onn dedah terima gaji penyampai radio tak cecah ratusan ribu

PENYAMPAI radio, Linda Onn menafikan dakwaan bahawa dia pernah menerima gaji sebagai penyampai radio sehingga RM45,000 sebulan seperti dinyatakan oleh seorang pelakon baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, Linda atau Rozlindah Onn, 47, menyatakan gajinya tidak sampai RM10,000.

Jelasnya, meskipun seseorang itu pernah memenangi anugerah, gaji selaku penyampai radio pada zaman dia bekerja itu masih tidak mencecah sehingga RM50,000.

“Dulu menang award pun, nama tengah gah pun gaji takdelah sampai 10k. Bertuah penyampai radio zaman sekarang sampai jejak 50k -150k sebulan.

“Yelah, kita faham juga. Maybe penyampai zaman sekarang kualitinya berbeza, Approach nya berbeza, kehendak pendengar berbeza, kehendak station pun berbeza berbanding dengan zaman Linda dulu.

“Tambahan pula orang yang dah ada nama dipanggil jadi penyampai radio. Lagilah berharga. Dulu nak dapat naik gaji pun kena lalui appraisal, tengok KPI.. tengok performance sebagai penyampai dan tengok komitmen kita untuk on ground event bagi station tu. Bukan senang eh,” tulisnya.

Foto: FB Linda Onn

Dalam pada itu, Linda turut akui bahawa kemungkinan kadar gaji penyampai radio pada zamannya dengan kini sudah berubah hingga mencecah ratusan ribu.

“Yelah, back to zaman dulu lain. Maybe juga zaman dulu ada yang dapat 40k – 100k. Tapi nope, Linda tak dapat.

“Kita terima je lah.. mungkin standard Linda tak sampai tahap tu.

“Happy juga dengar gaji penyampai dah ratus ribu sekarang. Kepada penyampai sekarang yang dapat gaji sebulan 50k-100k-150k, tahniah!” ungkapnya.

Author

Pilihan Editor