[VIDEO] Pelepasan cukai bagi latihan sukan sehingga RM1,000

0
53

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan sehingga RM1,000 mulai tahun ini.

Menurutnya, antara jenis pelepasan cukai adalah seperti pembelian peralatan sukan, bayaran sewaan atau kemasukan ke fasiliti sukan, bayaran pendaftaran untuk pertandingan sukan serta yuran keahlian gimnasium atau latihan sukan.

Malah, katanya, e-sukan turut tersenarai dalam pelepasan cukai berkenaan.

Beliau berkata demikian menerusi sidang media di Putrajaya, pada Jumaat.

Author