[VIDEO] Mangsa nahas helikopter terhempas jalani raptai ketiga – Khaled Nordin

0
123

KESEMUA 10 mangsa korban nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dekat Lumut, Perak sedang menjalani raptai untuk kali ketiga, bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Perbarisan TLDM ke-90 pada Sabtu ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan bahawa, tiada sebarang kemalangan berlaku pada semua mangsa ketika raptai kali pertama dan kedua.

Katanya, pihaknya akan membuat laporan interim dengan seberapa segera sebelum mengemukakan laporan penuh berhubung kejadian itu.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Kementerian Pertahanan di Kem Kementah dekat ibu negara pada Selasa.

Authors