HomeSukanJuventus FC ditolak 15 mata

Juventus FC ditolak 15 mata

JUVENTUS ditolak 15 mata oleh mahkamah bola sepak Itali kerana kes urusan perpindahan kelab itu, kata persekutuan bola sepak kebangsaan (FIGC) pada Jumaat.

Keputusan itu memberi tamparan hebat kepada reputasi kelab, kerana pemotongan 15 mata terbabit sangat kejam daripada potongan sembilan mata yang diminta oleh pendakwa bola sepak sebelum ini. 

Dengan berbaki 20 perlawanan lagi untuk dimainkan musim ini, Juventus yang kini berada di tangga ketiga Serie A dengan 37 mata, 10 mata di belakang pendahulu, Napoli.

Potongan itu telah mendorong mereka turun ke tempat ke-10, menjadikan mereka berada diluar kelayakan untuk pertandingan Eropah yang musim hadapan.

Dalam kenyataan lain, mahkamah turut mengenakan larangan daripada memegang sebarang jawatan dalam bola sepak Itali ke atas 11 pengarah Juventus yang terlibat.

Walaupun telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Juventus pada November lalu, Andeea Agnelli dikenakan 24 bulan dan 30 bulan larangan kepada bekas pengarah sukan Fabio Paratici, yang kini merupakan pengarah urusan bola sepak di kelab Liga Perdana England, Tottenham Hotspur untuk memegang jawatan dalam bola sepak Itali.

Juventus berkata, mereka akan mengemukakan rayuan kepada lembaga jaminan sukan negara sebaik sahaja alasan untuk keputusan itu dikeluarkan.

Juventus turut menafikan salah laku dan berkata perakaunan mereka selaras dengan piawaian industri. Kelab ini dikawal oleh syarikat induk Exor milik keluarga Agnelli dan sahamnya disenaraikan di bursa saham Milan.

Keputusan itu telah mengubah keputusan sebelum ini pada April lalu untuk membersihkan Juventus dan 10 kelab lain serta eksekutif mereka daripada kesalahan tersebut. 

Pihak berkuasa bola sepak telah membuka semula kes itu dan meminta pembatalan sebahagian keputusan awal supaya mereka boleh menilai dokumen baharu yang dikumpul oleh pendakwa raya di bandar Turin yang sedang menyiasat aliran kewangan Juventus.

Mahkamah mengesahkan pembebasan lapan kelab bola sepak lain, termasuk Sampdoria dan Empoli dari Serie A, dan pengarah mereka, yang mana pendakwa juga mahu membuka semula kes itu.

Pendakwa raya di Turin telah meminta Agnelli dan 11 orang lain serta  kelab itu sendiri untuk dibicarakan atas dakwaan perakaunan palsu.

Para pemegang saham Juventus awal minggu ini melantik lima ahli lembaga pengarah baharu dengan Gianluca Ferrero iaitu akauntan yang rapat dengan John Elkann, yang merupakan seorang tokoh perniagaan dalam keluarga yang telah memiliki kelab itu selama satu abad untuk menggantikan Agnelli sebagai pengerusi selepas lebih 10 tahun.

Author

Pilihan Editor