HomeSukanInter Miami jadi destinasi pilihan Messi

Inter Miami jadi destinasi pilihan Messi

PEMENANG Ballon D’or sebanyak tujuh kali, Lionel Messi hari ini mengesahkan dia menyertai kelab Major League Soccer (MLS) iaitu Inter Miami.

Sebelum ini, Messi yang berusia 36 tahun pernah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab di Liga Arab Saudi dan pulang semula ke Barcelona.

“Saya membuat keputusan bahawa saya akan ke Miami, perjanjian belum sempurna 100 peratus, tetapi kami memutuskan untuk meneruskan karier di sana,” kata Messi dipetik akhbar Sepanyol, Diario Sport dan Mundo Deportivo.

Kelab Inter Miami ditubuhkan pada tahun 2018 ini merupakan milik bekas pemain bintang Manchester United dan Real Madrid, David Beckham.

Berita mengenai perpindahan pemain bintang Argentina itu turut disahkan oleh mereka di media sosial.

Author

Pilihan Editor