HomeTeknologiMeta sekat akses Threads di Eropah

Meta sekat akses Threads di Eropah

META secara rasmi mengesahkan bahawa ia menyekat warga Eropah daripada menggunakan VPN untuk mengakses platform media sosial baharunya, Threads.

Baru-baru ini, penduduk Eropah menyedari mereka secara tiba-tiba tidak dapat mengakses platform tersebut.

Justeru, penganalisis industri, Matt Navarra tampil menghubungi Meta untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Dalam satu kenyataan yang diberi kepada Navarra, syarikat teknologi gergasi itu mengakui mengambil langkah-langkah sepatutnya untuk menghalang penduduk Eropah daripada mengakses Thread.

Ini termasuk menyekat penggunaan VPN yang sering digunakan orang ramai untuk memintas sekatan akses dalam talian.

Pada masa ini, platform itu masih tidak tersedia untuk kebanyakan negara Eropah manakala United Kingdom (UK) sudah tentu dikecualikan daripada senarai.

Sebelum ini, Meta dalam kenyataannya berharap akan membenarkan Threads untuk diakses di lebih banyak negara pada masa akan datang.

Author

Pilihan Editor