[VIDEO] MEDIA VARIASI e-GT race 23 Sept 2023

0
38

CYBERJAYA: Orang ramai berpeluang merebut wang terkumpul sehingga RM1,000 menerusi e-race Grand Turismo anjuran MEDIA VARIASI.

Pemenang pertama bagi perlumbaan kereta secara atas talian itu akan membawa pulang wang tunai bernilai RM500, diikuti pemenang kedua dengan habuan bernilai RM300.

Sementara itu, pemenang ketiga akan menerima wang tunai berjumlah RM100, manakala pemenang keempat dan kelima masing-masing turut berpeluang merebut RM50.

Pendaftaran perlumbaan yang hanya memerlukan yuran penyertaan sebanyak RM50 itu dibuka bermula awal bulan ini sehingga 21 September 2023. Tarikh perlumbaan pula ditetapkan pada 23 September, jam 8 malam.

Dengan hanya memiliki konsol PlayStation 4 dan Playstation 5, perlumbaan itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia tidak kira jantina, usia mahupun latar belakang.

Individu yang berminat menyertai perlumbaan tersebut boleh melayari melayari pautan: https://linktr.ee/MediaVariasi

Jangan lupa untuk follow media sosial MEDIA VARIASI untuk update terkini!

Authors