HomeSukanLelaki ceroboh padang bawa bendera Palestin ketika perlawanan United-Copenhagen

Lelaki ceroboh padang bawa bendera Palestin ketika perlawanan United-Copenhagen

TINDAKAN seorang lelaki yang menceroboh padang sambil membawa bendera pro-Palestin menyebabkan perlawanan penting Manchester United menentang FC Copenhagen terganggu pada awal pagi Khamis.

Pasukan Inggeris itu baru sahaja mendahului 1-0 di ibu negara Denmark, menerusi gol Rasmus Hojlund pada minit ketiga dalam aksi Liga Juara-Juara itu.

Permainan terpaksa dihentikan sementara atas faktor keselamatan bagi mengendalikan seorang lelaki yang berada dalam padang, lapor talkSport.

Gambar tular memaparkan lelaki tersebut membawa bendera Palestin disertai tulisan ‘Free Palestine’ (Bebaskan Palestin).

Malah, bendera itu turut mengandungi tulisan ‘Hentikan pembunuhan kanak-kanak di Gaza’ dan ‘Mari kita berdiri bersama’.

Perlawanan sekali dihentikan pada minit ke-16 berikutan kecemasan perubatan di tempat duduk penyokong.

Permainan disambung semula empat minit kemudian.

Copenhagen menggunakan masa itu untuk menyamakan kedudukan selepas Rasmus Hojlund meletakkan pelawat mendahului pasukan tuan rumah 2-0.

United sekali lagi mendahului melalui Bruno Fernandes, tetapi Copenhagen akhirnya meraih tiga mata.

Permainan tamat dengan United tewas 3-4 di tangan Copenhagen, sekali gus menyebabkan anak buah Erik ten Hag menduduki tangga tercorot Kumpulan A.

Author

Pilihan Editor