HomeGlobalGuru ugut penggal kepala pelajar komen bendera Israel

Guru ugut penggal kepala pelajar komen bendera Israel

SEORANG guru di Georgia, Amerika Syarikat (AS) ditahan atas pelbagai tuduhan termasuk kekejaman terhadap kanak-kanak.

Perkara itu susulan dia didakwa mengugut untuk memenggal kepala salah seorang pelajarnya yang memberi komen mengenai bendera Israel.

Suspek dikenali sebagai Benjamin Reese,51, merupakan guru di Sekolah Menengah Warner Robins ditahan pada Jumaat lalu, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin pada Ahad.

Menerusi kenyataan, pegawai pendidikan daerah Houston berkata, Reese tidak berada di sekolah sejak Khamis, sehari sebelum penahanannya.

“Semua kakitangan pendidikan dikehendaki mematuhi Kod Etika Pendidik. Jika terdapat pelanggaran atau disyaki melanggar peraturan, kami akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Walaupun kami tidak dapat membincangkan hal kakitangan tertentu, kami boleh mendedahkan bahawa Reese tidak berada di  sekolah sejak 7 Disember 2023. Keselamatan dan kesejahteraan pelajar dan kakitangan adalah  menjadi keutamaan kami,” katanya seperti dilapor Middle East Monitor.

Pelajar itu pada mulanya dilapor bertanyakan gurunya alasan dia memiliki bendera tersebut.

Reese kemudian menjelaskan bahawa dia merupakan seorang Yahudi dan memiliki saudara-mara di Israel.

Pelajar itu menjawab bahawa bendera yang dipaparkan tersebut menyinggung perasaan, berikutan jumlah rakyat Palestin yang terkorban akibat serangan Israel di Gaza adalah ramai.

Lantaran itu, Reese mengecam komen pelajar tersebut dan mengancam untuk membunuhnya.

Selepas dilabel anti-Semitik, laporan polis mendedahkan bahawa pelajar tersebut terus meninggalkan bilik darjahnya, berikutan dikejar oleh guru terbabit.

Beberapa saksi, termasuk guru lain berkata, mereka mendengar Reese menjerit: “Saya harus memenggal kepala ibu kamu!’ dan kata-kata kotor lain.”

Di sebalik insiden hangat itu, ia langsung tidak dijadikan berita nasional serta mendapat liputan daripada mana-mana rangkaian berita utama AS.

Author

Pilihan Editor