HomeBeritaViralLelaki tak jadi marah, 'bulu mata' kereta sebelah undang perhatian

Lelaki tak jadi marah, ‘bulu mata’ kereta sebelah undang perhatian

KEMARAHAN seorang lelaki terhadap sebuah kenderaan yang melanggar peraturan jalan raya terhenti seketika apabila satu lagi kenderaan lain menarik perhatiannya.

Menerusi perkongsian di TikTok @_abg_long_ baru-baru ini, lelaki berkenaan memuat naik satu video memaparkan sebuah kenderaan memasang aksesori bulu mata pada lampu hadapan kereta itu.

Difahamkan, tujuan video itu dirakam kerana geram dengan sikap pemandu sebuah kereta yang berhenti di ruang motosikal semasa berhenti di lampu isyarat.

https://www.tiktok.com/@_abg_long_/video/7313166696846593288?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7206178105420596737

Video berdurasi satu minit itu kini telah mendapat lebih 2.4 juta tontonan di TikTok dan rata-rata warga net terhibur melihat aksesori bulu mata yang dikongsikan itu.

Menjadi perhatian apabila ada sebilangan yang turut menyatakan bahawa mereka pernah menemui pemilik kereta ‘bulu mata’ itu yang dikatakan seorang wanita yang cantik.

“I dah tengok dah kereta ni hari tu..owner dia lawa bhai,” kongsi seorang netizen.

“Betul..owner dia lawa..sama lawa macam kereta dia,” balas pemilik video tersebut.

“Tanya dia bang mana buat eyelash extension, saye macam berkenanlah nak buat kat mata,” seloroh warga net.

“Bulu mata Che Ta pun kalah ni!,” tulis netizen.

Author

Pilihan Editor