[VIDEO] Kotex sumbang RM100,000 kepada Kotex Elimin8tors hadapi MPL

0
122

Kuala Lumpur, 7 Disember 2023 – Kotex hari ini melancarkan pasukan e-sukan perempuan MLBB (Mobile Legends Bang Bang), Kotex Elimin8tors, Terdiri daripada ahli Fafau, Ecstatic, Rina, Intan, Beyya dan Pika, pasukan impian Kotex akan menerima sokongan penuh untuk membantu mereka membuat persediaan bagi menghadapi liga esport paling lama di negara ini, iaitu MPL (Mobile Legends: Bang Bang Professional League) Malaysia .

Sebagai sebahagian daripada komitmennya kepada Kotex Elimin8tors dalam kempen Road to MPL ini, Kotex menyumbang RM100,000 daripada Dana Kotex She Can untuk menyediakan ekosistem yang komprehensif, direka untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan permainan pasukan.

Ini termasuk profesional jurulatih MPL Malaysia, peralatan berspesifikasi penuh, rejim latihan intensif setiap hari 6 hingga 8 jam, penganalisis untuk memberikan pandangan penting, studio permainan berserta asrama yang serba lengkap dan elaun bulanan.

Author