HomeBeritaViralSanggup habis RM222 demi penangan Nasi Kandar Sulaiman!

Sanggup habis RM222 demi penangan Nasi Kandar Sulaiman!

PEMINAT nasi kandar pasti cukup kenal dengan ‘penangan’ makan di restoran Nasi Kandar Sulaiman yang kebiasaanya menjadi pilihan ramai.

Lebih tambah popular kedai itu apabila media sosialnya turut aktif dengan perkongsian hantaran mengenai lauk-pauk menyelerakan berserta rekod pembelian terbesar nasi kandar untuk seorang makan.

Jika bulan lalu seorang individu memecah rekod dengan menjamah nasi kandar mencecah RM218, baru-baru ini rekod tersebut dipecahkan dengan pembelian nasi kandar mencecah RM222!

Menerusi perkongsian di Facebook Nasi Kandar Sulaiman, seorang lelaki yang juga ‘TikTokers’ berjaya menghabiskan sepinggan nasinya yang berharga RM222 dalam tempoh 55 minit.

Dalam pinggannya itu, kelihatan beberapa aneka lauk seperti sotong, udang, ayam, kambing dan telur sotong.

Berikut adalah catatan jenis dan jumlah lauk yang dijamah lelaki itu beserta harga yang dikongsikan oleh restoran tersebut:

  • Sotong: RM7.50 x 16
  • Udang: RM7.50 x 10
  • Ayam: RM5.50 x 2
  • Telur sotong: RM7.00
  • Bendi: RM1.00
  • Nasi: RM1.50
  • Kambing: RM7.00

Author

Pilihan Editor