[VIDEO] Aduan guna surat layang tidak akan diproses – PJS

0
56

Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) tidak akan mengambil tindakan terhadap sebarang aduan yang dikemukakan menerusi surat layang.

Suhardi Alias berkata, hal ini kerana surat layang menyukarkan proses aduan berikutan hasil siasatan tidak dapat dimaklumkan kepada pengadu terbabit.

Jelasnya, pihaknya juga sudah menerima ratusan aduan, manakala sebahagian daripadanya tidak boleh diselesaikan selepas ia dikemukakan secara ‘anonymous’ atau tanpa butiran pengadu.

Justeru, Suhardi berkata, mekanisme setiap aduan perlu mengikut proses dan peraturan yang ditetapkan di dalam jawatankuasa pertikaian sukan supaya ia dapat menerima maklum balas.

Beliau berkata demikian ketika sesi Townhall Jawatankuasa Pertikaian Sukan Siri 1, di Shah Alam Convention Centre (SACC), dekat Shah Alam, Selangor pada Sabtu.

Author