[VIDEO] MDA tingkat penguatkuasaan peranti perubatan

0
45

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) sedang meningkatkan penguatkuasaan dan pengawasan terhadap peranti perubatan, yang tidak berdaftar di pasaran dan dalam talian.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia bertujuan memastikan keselamatan dan keberkesanan peranti perubatan yang dihasilkan atau diedarkan, mengikut panduan MDA serta membanteras kegiatan kartel dalam industri ini.

Katanya, peranti yang tidak mengikut panduan bukan sahaja tidak berkesan, malah turut menjejaskan keselamatan serta memberi ancaman nyawa kepada pengguna.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Majlis Pra-pelancaran Pameran dan Persidangan Teknologi Perubatan Antarabangsa Asia (Asian Medtec) 2024 di Putrajaya, pada Khamis.

Author