[VIDEO] Saifuddin perjelas 2 punca mohon pasport dalam talian ‘bermasalah’

0
194

LANGKAH memuat naik foto yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, merupakan salah satu faktor permohonan pasport secara dalam talian tidak berjaya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, spesifikasi itu bukanlah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen (JIM), sebaliknya ia merupakan standard antarabangsa.

Oleh itu, beliau memberi panduan kepada pemohon khususnya kaum hawa, supaya tidak mengenakan terlalu banyak aksesori ketika mengambil gambar pasport.

Malah, Saifuddin mengingatkan orang ramai supaya tidak memakai kanta lekap, tidak mengenakan tudung terlalu labuh dan menutup dahi, selain tidak memakai kaca mata yang memiliki bingkai terlalu tebal.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menghadap tepat pada kamera ketika mengambil gambar pasport dan tidak mengenakan baju berwarna cerah.

Jelas Saifuddin, faktor kedua permohonan pasport secara dalam talian ditolak adalah disebabkan sistem biometrik untuk mengesan cap jari pemohon mengalami masalah.

Justeru, beliau menyarankan orang ramai yang berdepan masalah berkenaan supaya mengunjungi Pejabat Pasport Shaftsbury, Putrajaya seperti yang dirasmikannya pada Isnin.

Author