[VIDEO] 35 Kanak-Kanak Diterima Sebagai Warganegara Malaysia

0
28

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyerahkan surat keputusan kewarganegaraan dan sijil kepada 35 kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu warganegara Malaysia di luar negara.

Menurut beliau, perkara tersebut diproses mengikut Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan, selaras dengan pemohonan kewarganegaraan secara pendaftaran.

Beliau berkata, hanya permohonan yang lengkap dan sempurna akan selesai diproses dan dipanggil melalui surat rasmi daripada Kementerian DalamĀ NegeriĀ (KDN).

Author