[VIDEO] 50,000 pemandu bekerja sendiri ditaja penuh caruman SKSPS

0
45

Kementerian Pengangkutan (MOT) memperuntukkan sebanyak RM1.165 juta bagi melaksanakan inisiatif tajaan caruman penuh melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). Menterinya, Anthony Loke berkata, inisiatif itu memberi manfaat kepada seramai 50,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah yang bekerja sendiri.

Bagi setiap individu yang disasarkan, katanya, MOT akan menaja sebanyak 10 peratus atau RM23.30 kadar caruman, manakala 90 peratus atau RM209.50 lagi akan ditanggung Kementerian Kewangan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Jelasnya, tajaan itu terbuka kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah yang memiliki kad pemandu serta lesen Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang masih aktif. Inisiatif itu juga diperluaskan kepada mereka yang menghantar penumpang ke luar negara seperti Singapura.

Beliau berkata demikian ketika sidang media, selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Inisiatif Caruman Percuma Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Perkeso, di Menara Perkeso, di Putrajaya pada Rabu.

Author