[VIDEO] Kerjasama KBS-MyCC tangani isu kartel tipuan bida

0
59

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengadakan kerjasama dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi menangani isu kartel tipuan bida.

Menurut KBS, kerjasama yang dibuat menerusi perbincangan susulan pada 20 Februari lalu memfokuskan tiga aspek utama iaitu advokasi mengenai anti persaingan, nasihat polisi daripada MyCC dan perkongsian maklumat serta pelaporan kes, yang disyaki boleh menjadi pelanggaran mengikut Akta Persaingan 2010.

Author