[VIDEO] MV News – Pusat Pelawat Royal Selangor sambut ulang tahun ke-20

0
47

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan Pusat Pelawat Royal Selangor sempena ulang tahunnya yang ke-20, di sini pada Rabu.

Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin turut berkenan melancarkan buku The Royal Selangor Story: Born and Bred in Pewter Dust hasil karya Chen May Yee.

Ketika lawatan, baginda melihat produk piuter dan perak yang dihasilkan pekerja Royal Selangor serta menyaksikan bagaimana produk-produk berkenaan dihasilkan oleh mereka.

Turut hadir pada majlis itu adalah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin; Tengku Panglima Raja Selangor, Tengku Ahmad Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah; serta Pengarah Urusan Royal Selangor, Datuk Yong Yoon Li.

Authors