HomeGlobal4 kereta mewah Bugatti Veyron berkait 1MDB dirampas

4 kereta mewah Bugatti Veyron berkait 1MDB dirampas

POLIS Jerman merampas empat kereta mewah berjenama Bugatti Veyron, yang dikaitkan dengan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut akhbar Jerman, Bild, rampasan itu dibuat dalam serbuan di kemudahan simpanan persendirian dekat Munich, Jerman pada awal minggu ini.

Empat kenderaan edisi khas itu adalah Rembrandt, Black Bess, Jean-Pierre Wimille dan Meo Constantine – dengan setiap kereta bernilai lebih AS$3 juta (kira-kira RM14.3 juta).

“Kereta itu jarang dijual dan biasanya tidak dijual di lelongan awam.

“Kereta berkenaan dikesan dan dirampas oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah 7, yang pakar dalam jenayah kolar putih,” lapor Bild.

Ia menambah bahawa, kenderaan tersebut ditempatkan di Munich’s Motorworld semasa pameran automotif.

Pada masa sama, Ketua Polis Munich enggan berkongsi sebarang maklumat mengenai kes yang sedang berlangsung.

Terdahulu, skandal 1MDB melibatkan ramai personaliti terkenal, termasuk ahli politik dan selebriti di pelbagai negara. – Agensi

 

Author

Pilihan Editor