[VIDEO] Kenderaan kerajaan terpakai kini di Cardao Automotif

0
43

Cardao Automatif Sdn Bhd kini menawarkan kenderaan kerajaan terpakai dengan jaminan selama setahun.

Pengarahnya, Calvin Yap Kim Heng berkata, antara jenama kenderaan yang ditawarkan termasuk Proton X70, Proton Perdana dan Proton Preve.

Perkara itu dimaklumkan ketika sidang media, selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU), pada Majlis Kerjasama dan Pelancaran Penyewaan dan Kepemilikan Kenderaan Cara Muda, di Selangor baru-baru ini.

Dalam majlis sama, Pengarah Urusan Cardao Automatif, Hafiz Norkhan memperkenalkan skim pemilikan 

kenderaan mudah dan mampu milik khusus buat pemandu e-hailing. 

Menurutnya, skim tersebut secara tidak langsung membantu pemandu e-hailing menambah pendapatan melalui perkhidmatan daripada empat kepada enam tempat duduk.

Author