HomeBeritaPresiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga 10 wira TLDM - PM

Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga 10 wira TLDM – PM

KEHILANGAN 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di Lumut, Perak pada Selasa mendapat perhatian pemimpin antarabangsa.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan tampil mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga mangsa terlibat dalam tragedi tersebut.

Susulan itu, Anwar mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatnya atas keprihatinan beliau terhadap insiden yang mengejutkan negara itu.

“Terima kasih Presiden Erdogan atas ingatan serta kebersamaan beliau di saat negara sedang berduka atas pemergian 10 wira dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak,” tulisnya.

Pada masa sama, Anwar turut berkongsi kandungan ucapan takziah yang dikirimkan Erdogan.

His Excellency Prime Minister (Anwar), Dear Brother. I learned with deep sorrow that 10 crew members lost their lives in the military helicopter crash that occurred in Malaysia’s Perak State.

We wish God’s mercy to the martyrs, I express my condolences on behalf of my Nation and myself to His Excellency, the grieving families of those who lost their lives, and the friendly Malaysian people,” kata Erdogan.

Kandungan ucapan takziah yang dikirimkan Erdogan berhubung 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM, di Lumut, Perak pada Selasa. – FB Anwar Ibrahim

Terdahulu, kedua-dua pesawat jenis Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan helikopter Fennec TLDM itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi Selasa, bagi menjalani raptai bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Perbarisan TLDM ke-90.

Kedua-duanya kemudian dilapor bertembung ketika menyertai formasi penerbangan.

Susulan pertembungan itu, pesawat HOM yang dinaiki tujuh kru terhempas di Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec yang membawa tiga lagi individu terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

TLDM mengesahkan bahawa, 10 kru iaitu masing-masing tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM terkorban di lokasi kejadian.

 

Author

Pilihan Editor