[VIDEO] 5,000 pelajar, belia terima manfaat kursus TVET KBS

0
63

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama lima rakan strategik, bagi memperkasakan belia serta meningkatkan kebolehpasaran pelajar Industri Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan ekonomi gig.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, program yang memberi manfaat kepada 2,000 pelajar dan 3,000 belia di seluruh negara itu menyasarkan lapan bidang kemahiran iaitu Teknologi Sukan, Fesyen dan Pakaian Automotif, Hospitaliti, Automotif, Fotografi dan Teknologi Maklumat, Kosmetologi, serta Elektrik dan Mekanikal.

Untuk rekod, sebanyak lima rakan strategik yang terlibat menawarkan kursus TVET tersebut seperti Syarikat RF Infinite Sdn. Bhd., Troopers Innovation Sdn. Bhd., Delivery Hero Malaysia Sdn. Bhd. (Food Panda), Carsome Academy Sdn. Bhd. dan Bateriku (M) Sdn. Bhd. Beliau berkata demikian menerusi sidang media di Putrajaya pada Selasa.

Authors