[VIDEO] Pengasas Jennaira dedah nikah tak sah, guna wali hantu

0
1354

Berita berkaitan: Anak dah lima baru sedar nikah tak sah

Hanya setelah memiliki lima orang anak, barulah pengasas tudung jenama Jennaira menyedari pernikahannya dengan seorang lelaki bergelar Datuk tidak sah (syubahah) akibat pemalsuan dokumen. Datuk Seri Azlina Hanim Hasan, 36, menceritakan ‘suami palsu’ yang menikahinya, Datuk Rohaizat Musa, 47, dipercayai mengupah seorang lelaki yang menyamar sebagai wali ketika pernikahan mereka. “Pernikahan itu diadakan di sebuah rumah di Keramat menggunakan sindiket kononnya tanpa pengetahuan isteri pertama Rohaizat. “Rohaizat menggunakan identiti seorang lelaki yang sudah meninggal dunia pada tahun 1964 sebagai wali ketika kami bernikah pada tahun 2013 di Keramat.

Author